Thursday, February 16, 2012

Kembali Menulis

Assalamualaikum dan hai semua..

Sekian lama tidak menulis, dan sekali lagi rasa terpanggil untuk memperbaiki azam dan mengemaskini blog..Ya Allah, lihatlah betapa manusia suka berazam dan betapa sukar untuk memenuhinya..apapun, saya percaya, jangan pernah berhenti berazam dan berharap, kerana hidup ini adalah didasarkan pada harapan...When there's hope, there's life!

wah, oleh yang demikian saya harap saya dapat mengekalkan mod menulis sebegini..but being too serious just doesnt sound me...hik3..I somehow prefer to sound more relax and jovial..well, whatever it is, I'm just being me;)

Oleh kerana ini adalah update setelah sekian lama tidak menulis, maka saya harus buat satu ringkasan tentang perjalanan hidup saya yang memerlukan sedikit pengkisahan, mungkin? supaya mudah utk difahami dan dibuat gambaran umum terhadap keadaan seorang 'Seri' yang masih 'pinkaholic' itu..

Pengkisahan 1 : NO LONGER A TEACHER
Saya meletakkan jawatan sebagai guru atau nama glamournya "Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah' bermula 5 Ogos 2011 atas sebab-sebab yang telah saya pertimbangkan sedalam-dalamnya.Walaubagaimanapun, saya amat menghargai dan sentiasa merindui pengalaman hampir 10 tahun mengajar dan saya yakin itulah yang telah sebati dalam hidup saya. Walaupun saya tidak lagi bergelar guru, namun saya tetap dan akan terus berbangga dipanggil 'Cikgu Seri', 'Teacher Seri','Madam Seri' dan masih ada jua yang kekal memanggil saya 'Cik Seri'.Saya percaya, once a teacher, forever a teacher. Aspirasi guru itu tetap mekar dan segar dalam jiwa saya, dan saya percaya sentiasa ada ruang untuk berbakti, ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara.

Pengkisahan 2 : I'M A MOM NOW
Alhamdulillah, I'm blessed with the presence of Nufael Akeef..he's now 5 mths..(and a reason why I stop blogging)*cehh....suka letakkan pelbagai alasan kan??heeee~
Kehadiran Akeef amat-amat merobah kehidupan ini..perasaan bergelar ibu amat sukar saya gambarkan dan luahkan..apapun, tanggungjawab yang datang bersamanya itu lebih membimbangkan, mampukah diri ini menunaikan hak-hak Akeef sebagai seorang anak..semoga saya diberi kekuatan dan sayab percaya kehadiran Akeef banyak mengajar saya erti tanngungjawab dan amanah.Mommy loves u Akeef!!

Pengkisahan 3 : I'M A BETTER SPA OWNER
Alhamdulillah, saya kini berpeluang mengurus spa dengan lebih baik apabila sudah tidak terikat lagi dengan tugas-tugas hakiki seorang guru. Di spa saya juga mampu menjadi guru,memberi panduan pada pelanggan-pelanggan di spa saya, membina ukhuwwah dan jaringan yang meluas, memberi ruang pekerjaan dan pendedahan pada remaja2 perempuan yg berminat dalam bidang kecantikan dan keusahawanan, dan saya harus katakan di sini tugas mengemudi sebuah perniagaan adalah cabaran hebat untuk saya galas, insya Allah saya mengahrapkan Seri's Spa akan terus berkembang dan bersaing hebat dalam industri kecantikan.

Pengkisahan 4 : IT'S GET BACK TO CAMPUS TIME!
Alhamdulillah, dengan kesempatan dan keizinan yang dipinjamkan olehNya, saya kini bergelar pelajar kembali di universiti kecintaan saya, Gedung Ilmu yang saya rindui..Universiti Kebangsaan Malaysia, yang Mengilhamkan Harapan dan Membina Masa Depan..bergelar pelajar sarjana dalam pengkhususan Sosiologi Pendidikan. Saya mengambil peluang ini untuk menerokai perjalanan baru yang saya pasti dipenuhi 1001 pengalaman. Apapun, inilah ruang untuk saya terus mencintai dan menimba ilmu..Ilmu yang bermanfaat dan berharga untuk kita praktikkan serta sebarluaskan selepas ini. Siapa tahu, saya mungkin mampu menjadi motivator suatu masa nanti..jika tidak utk kelompok besar, sekurang2nya untuk Akeef, rakan2nya dan mereka yg berada di sekeliling saya. Saya amat teruja kembali bergelar pelajar:)

Sekian saja coretan kali ini, saya akan terus mewarnai blog ini dgn cerita2...*harapan lagi*

Again, when there's hope, there's LIFE!

2 comments:

  1. waahhh..
    xsangka kak seri ade blog..
    hehehe..
    btw nice reading yours ^^

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Hai kak Seri comel...
    ^^
    Membaca tulisan kak Seri, terbayang-bayang cara dan lenggok gaya akak bercakap :)

    ReplyDelete

About Me

My photo
I'm a dedicated teacher at the same time a not so vogue spa owner, I'm a spa lover, a pinkaholic and very loveable person!